Kisah Kejayaan Turun Berat Badan Dari 100Kg Ke 58Kg

0
55518
Gambar: kevinzahri.com

Mempunyai niat untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus telah diimpikan sejak zaman persekolahan namun tidak mengetahui cara yang betul dan kekuatan motivasi membuatkan seorang gadis gagal dalam beberapa percubaannya.

BACA: Pelajar Wanita Sanggup Makan Cacing Untuk Kelihatan Kurus

Nur Farihan Bt Idris, yang kini berusia 28 tahun telah berjaya menurunkan berat badannya pada tahun 2014 daripada 100 kilogram kepada 58 kilogram dalam jangka masa setahun.

Menurut catatannya di kevinzahri.com, beliau mendapat inspirasi daripada kisah kejayaan orang lain menurunkan berat yang Kevin Zahri kongsikan di Facebooknya.

Sejak daripada itu Nur Farihan mula mengumpul info dan memperbanyakkan bahan bacaan berkenaan cara untuk menurunkan berat badan dan menjaga serta memilih permakanan harian.

Gaya hidup yang berubah

Gambar: kevinzahri.com

Jika sebelum ini restoran makanan segera adalah tempat kegemarannya namun ketika memulakan program penurunan berat badan, Nur Farihan mula mengelak untuk makan di tempat sebegitu.

Selain itu beliau juga mula elakkan makanan dan minuman yang manis dan berlemak tinggi serta menggantikannya dengan sayur-sayuran dan air kosong.

Amalkan cheat day seminggu sekali

Gambar: kevinzahri.com

“Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan),” ujar Nur Farihan.

Tambahnya lagi pada hari-hari biasa beliau akan mengambil makanan daripada sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah dan sayur-sayuran yang dimasak sendiri bagi memudahkan pengawalan garam, gula dan minyak.

Antara menu diet yang diamalkan adalah seperti berikut:

7am: Roti wholegrain bersama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
12pm: Nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.
3pm: Kunyah kekacang kerana kekacang mengandungi lemak baik (lebih kurang 10-12 biji)
6pm: Makan malam bergantung kepada rutin senaman. Minum susu bersama oat atau makan ayam/ikan bersama sayur.

Melakukan pelbagai senaman

Nur Farihan juga turut melakukan pelbagai senaman seperti jogging, berenang, berbasikal, skipping atau apa sahaja senaman pada setiap hari kecuali pada hujung minggu.

Manakala di gimnasium pula, beliau melakukan rutin senaman kardio dan angkat berat. Senaman ini amat membantu untuk menurunkan berat badan dan mengelakkan kulit di bahagian tertentu menggelebeh setelah penurunan berat badan.

Jangan berfikir negatif … “Everybody have their own struggles”

Nur Farihan turut berkongsi bahawa tiada jalan pintas untuk menurunkan berat badan kerana beliau tidak menggunakan sebarang produk pelangsingan ataupun ubat kurus.

Perkara yang paling penting adalah menjaga pemakanan dan senaman kerana 80 peratus adalah dengan menjaga pemakanan dan 20 peratus lagi adalah senaman yang membantu mempercepatkan proses kurus.

Selain itu seseorang itu perlu sabar dan tidak memaksa badan untuk kurus dengan cepat kerana ia akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress.

Bagi mengekalkan motivasi dan semangat adalah dengan membaca kisah-kisah kejayaan orang yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka.

VIDEO: Senangnya Buat Kuah Rojak!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram