Kisah Kucing Setia Buat Orang Ramai Sebak

0
293
Gambar: Facebook Azreen MJ

Jika anda masih ingat sebuah filem yang diadaptasi daripada cerita sebenar memperihalkan tentang seekor anjing bernama Hachiko yang setiap hari setia menunggu tuannya yang telah mati di hadapan stesen kereta api.

BACA: Di Jepun, Kucing Akan Temani Anda Ketika Makan

Bagitu jugalah seekor kucing yang bernama ‘Abang’ yang setia merindui tuannya seperti yang diceritakan oleh Azreen MJ di Facebooknya.

Gambar: Facebook Azreen MJ

Kerinduan ‘Abang’ terhadap tuannya telah berlarutan sehingga dia melafazkan nafas terakhir pada 10 Mei yang lalu setelah genap dua minggu pemergian tuannya.

Kami kongsikan catatan Azreen berkenaan ‘Abang’ yang selama ini menjadi teman dan kawan kepada Allahyarham ayahnya.

Kisah cinta Abang

Abang di kubur Atok. Gambar: Facebook Azreen MJ

10 Mei 2017, genap dua minggu pemergian tuannya (bapa Azreen), daripada seekor kucing yang gebu, manja dan menyit, kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali kerahmatullah.

9 Mei 2017, ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana sahabatnya amalkan. Dari atas katilku tanpa bermaya Abang turun ke kakiku. Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat.

Ternyata ia amat merindui suara tuannya. Seusai solat. Aku berkata dengannya, “abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya”.

Gambar: Facebook Azreen MJ

Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali”. Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.

Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, Abang berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya.

Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.

Pemergian Abang

Gambar: Facebook Azreen MJ

Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya. Pada hari Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal.

Sambil ku melihat airmata abg meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada.

Gambar: Facebook Azreen MJ

Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.

Nanti kat sana ‘abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bang.

VIDEO: Vitdaily – Restoran Gulai Kampung

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram