Kisah Pereka Replika Makanan Realistik Di Jepun

0
6874

Kalau anda berkunjung ke beberapa restoran, pasti anda akan tertarik dengan hidangan yang dipaparkan sama ada di ruangan iklan atau di rak pameran berkaca.

BACA: Resepi Mudah Kuih Tepung Bungkus

Menu yang menarik, dihiasi dengan kepelbagaian warna dan unik pastinya membangkitkan naluri selera kita walaupun ianya ‘buatan’ atau replika.

Di Jepun, inilah gaya penarik yang biasa digunakan oleh pengusaha restoran. Dari hidangan berbentuk mi, burger, sushi, malah daging stik juga.

Mereka lebih ghairah untuk memesan menu ‘buatan’ yang dilihat dari dalam kaca melihat.

Warna yang sempurna, hiasan yang cantik dan bentuk yang sama menjadikan replika makanan sangat sinonim dengan mereka.

60 tahun jadi artis replika makanan

Sumber dari AFP

60 tahun telah dihabiskan oleh Noriyuki Mishima untuk bekerja sebagai seorang artis replika makanan.

Membuat replika makanan sudah menjadi sebahagian dari hidup. Pembuatan ini sudah lama diusahakan walaupun ia tidak lagi begitu komersial.

“Dulu, saya tengok orang buat organ dalaman manusia untuk digunakan di hospital-hospital.

“Jadi, saya cuba buat untuk makanan pula, memang susah pada mulanya kerana perlu sama dengan setiap menu.”

“Tapi lama-kelamaan, ia menjadi dan saya tak pernah tukar kerja lain.”

Mencecah puluhan ribu replika makanan

Sumber dari AFP

Menurut Mishima, dia tak pernah mengira berapa banyak replika yang dibuat. Anggarannya mungkin mencecah puluhan ribu unit.

Sungguh pun sudah lama berada dalam dunia pembuatan replika makanan, cabarannya tetap ada, lebih-lebih lagi berkaitan mendapatkan warna yang tepat.

Replika sushi, makanan Jepun merupakan adalah yang paling sukar dihasilkan berbanding makanan yang lain.

“Kalau buat ikan panggang, senang sahaja, warna-warna yang digunakan pun senang.

“Tetapi untuk mewujudkan warna kesegaran – itulah yang sukar,” katanya.

Lilin digantikan dengan silikon yang lebih tahan lama dan lebih cantik pembuatannya. Silikon diletakkan di dalam acuan untuk membentuk rangka makanan.

Setiap bahagian dibuat berasingan

Sumber dari AFP

Mishima yang bekerja di perusahaan milik Norihito Hatanaka menambah, setiap bahagian makanan dibuat secara berasingan tanpa menggunakan peralatan canggih.

Mereka hanya menggunakan alat mudah memotong, berus cat, berus udara dan ketuhar pengering sahaja. Selebihnya, bergantung kepada kepakaran mereka sendiri.

“Contohnya kek atau burger. Setiap kandungan burger daripada daging, tomato, keju – dibuat secara berasingan sebelum mereka dicat dan dipasang bahagian demi bahagian.

“Langkah terakhir adalah lapisan varnis bagi memberikan impak pada makanan supaya siapa yang melihat akan terus ‘tergoda’,” katanya.

Harga replika makanan cecah RM234

Sumber dari AFP

Pengusaha replika makanan Hatanaka pula berkata, permintaan untuk membuat replika makanan ini bertambah dari sehari ke sehari.

“Jangan tidak percaya, harga untuk semangkuk replika makanan boleh mencecah hingga 6,000 yen (RM232.54) untuk satu menu.”

Restoran biasanya akan menempah mengikut jenis menu yang mereka jual.

Penggunaan replika makanan ini semakin menjadi trend semasa di Jepun berbanding gambar 3D.

“Pencetak 3D tidak boleh mencipta sentuhan artis dan ia akhirnya akan menjadi lebih mahal kerana bahan-bahan yang mahal dan anda masih akan mempunyai untuk menjaga lukisan mereka,” katanya.

Permintaan tinggi di luar Jepun

Sumber dari AFP

Bukanlah kesemua restoran di Jepun menyukai kaedah pemasaran begini.

Bagi sesetengah pengusaha restoran, ia hanya membuka mata pesaing untuk meniru setiap menu di kedai mereka jika replika dipamerkan.

Walaupun begitu, Hatanaka tetap menghasilkan replika makanan kerana permintaan yang menggalakkan khususnya di luar Jepun.

Bersama lapan kakitangannya yang lain, mereka berupaya menyiapkan tempahan yang diberikan dalam tempoh masa yang diberi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: VITDAILY ORIGINALS: Kisah Jatuh Bangun Penjual Nasi Lemak RM1