Kisah Warga Nepal Jana RM26,000 Sebulan Di Malaysia

0
13913

Pernahkah anda terfikir bagaimana seorang warga asing mampu membina kerjaya dengan cemerlangnya di negara kita? Satu perkongsian menarik daripada Izzat Ismail di Facebook ternyata membuka banyak mata mengenai bagaimana seorang warga Nepal bijak menyelesaikan masalah orang ramai dalam meneruskan perniagaan.

BACA: Menteri: Warga Bangladesh Boleh Jadi Warga Malaysia

Suren, 25, yang sudah dua tahun menetap di Malaysia kini mempunyai bisnes sendiri. Bermula sebagai pekerja kilang, kini perniagaan Suren mampu mencecah pendapatan sehingga RM26,000 sebulan (atau mungkin lebih).

Dia mula menyedari peluang perniagaan yang dijalankannya kini ketika melihat ramai warga Nepal datang bekerja di sini dan idea untuk berniaga makanan yang khas untuk warga Nepal mula tercetus.

Suren mengenakan bayaran RM220 sebulan untuk bekalan makanan pelanggannya. Bayaran itu termasuk khidmat free delivery dan kalau ada pelanggan walk in, harganya sedikit mahal mencecah RM11 untuk satu hidangan. Kiraan kasarnya, jika pelanggan Suren mencecah 120 orang, dia mampu dapat pulangan RM26,400 sebulan.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi berbaur daripada warga laman sosial yang tertarik dengan kisah Suren. Malah ada yang menyatakan bahawa Suren perlu mendaftarkan perniagaan sama seperti pengusaha makanan yang lain.

Apa pun, sebenarnya terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencari rezeki halal, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang memerlukan perbelanjaan besar untuk kehidupan seharian. Persoalan seterusnya, adakah selepas ini Suren akan menjadi buruan pihak berkuasa?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekena Daging Lembu Cair Di Lidah? (Kyoto)