Kit Kat Perisa Durian Bakal Tiba Di Thailand

0
216
Sekadar gambar hiasan

Sebut pasal durian pastinya ramai pengemarnya yang telan air liur kerana seakan-akan terbau aroma durian dan rasanya yang lemak dan manis itu bahkan sekiranya ditambah ke dalam makanan seperti bubur dan cendol, memang bertambah dibuatnya.

BACA: Dari Burger Jalanan Kini Meniaga Atas Food Truck

Kit Kat juga adalah satu jenama coklat wafer yang tidak asing lagi di Malaysia dan terkenal dengan tagline “rehat sebentar bersama Kit Kat”.

Sebelum ini kami pernah hebahkan tentang perisa sushi Kit Kat terbaru yang diperkenalkan di Jepun manakala kali ini khabar gembira dari Thailand kerana tidak lama lagi Kit Kat perisa durian akan diperkenalkan bagi pasaran negara tersebut.

Usaha untuk memperkenalkan perisa durian Kit Kat telah dilakukan oleh kementerian pelancongan di sana kerana telah melakukan perbincangan dengan pihak Nestle Thailand.

Selain dua perisa terbaru turut dicadangkan kepada pihak Nestle iaitu perisa manggis dan limau tamarin kerana ia merupakan buah-buahan yang terkenal di Thailand.

Buat masa ini ia masih lagi di peringkat perancangan dan pastinya ramai peminat durian yang akan menantikan perisa terbaru Kit Kat ini.

Sebelum ini Nestle pernah mengeluarkan perisa teh hijau dan sushi di Jepun bagi memberi kesesuaian kepada setiap budaya sesebuah negara tersebut.

Bagi anda yang ingin membuat perisa Kit Kat anda sendiri boleh berkunjung ke Kit Kat Chocolatory yang terletak di Mid Valley. Perkara yang paling menarik di sana adalah anda boleh mencuba Kit Kat perisa nasi lemak.

Apa pun, jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak