Kit Kat Perkenal Sushi Coklat Terbaru

0
142

Bermula daripada khabar angin pada April Fool tahun lalu yang mengatakan KitKat Jepun ada mengeluarkan sushi coklat jadi pada tahun ini bersempena Hari Valentine, KitKat merealisasikan khabar angin itu.

BACA: Lebih 10,000 Jemari KitKat Kini Di Midvalley

Mula berada di pasaran pada awal 2000, KitKat mempunyai hampir 300 perisa dan di Jepun perisa yang terkenal adalah wasabi, cuka lemon, sake dan juga teh hijau.

Kali ini perisa yang diperkenalkan diilhamkan daripada rasa sushi namun janganlah risau ia tidak mempunyai rasa ikan atau udang walaupun bentuknya memang seakan sushi sebenar.

Pada kali ini tiga perisa diperkenal iaitu raspberry yang berbentuk seakan sushi tuna, manakala sushi yang dibalut dengan kepingan rumpai laut kering adalah berperisa puding labu.

Perisa yang ketiga adalah Tembikai Hokkaido bersama mascarpone cheese, ketiga-tiga perisa ini dibentuk dengan beras bercampur coklat putih dan sedikit perisa wasabi.

Wakil Nestle Jepun, Miki Kanoh memberitahu CNN, KitKat edisi terhad ini akan diberikan kepada pelawat Chocolatory di Ginza, Jepun yang membelanjakan 3,000 yen (RM118).

Chocolotary ini adalah cawangan kesembilan yang berada di dunia dan ia menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelawatnya.

Dalam masa yang sama para pelawat turut berpeluang membuat sendiri perisa KitKat yang mereka gemari.

VIDEO: Hmm…. Sedap Ke Tak Ana Ikan Bakar Petai? 🤔 🤔

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram