Kolam Kaca Lutsinar 150 Meter Buat Kecut Perut!

0
6000

Adakah anda seorang yang takut berada di tempat tinggi? Jika ya, anda mungkin bakal kecut perut melihat kolam renang kaca ini yang berada di Market Square Tower, Houston, Amerika Syarikat.

BACA: Pemandangan Menakjubkan Dubai Dari Atas Bangunan Pencakar Langit

Sumber dari businessinsider.com

Jika dilihat dari bawah, anda mungkin tidak menyangka bahawa ianya sebuah kolam renang kaca. Berada pada ketinggian lebih 150 meter, ia dibina ke hadapan sedikit untuk anda menikmati pengalaman baru berenang pada puncak pangsapuri mewah 40 tingkat itu.

Kolam kaca ini kelihatan sangat mengerikan kepada mereka yang gayat atau fobia kepada ketinggian, ujar The Telegraph. Segelintir warga laman sosial meluahkan perasaan takut setelah melihat gambar kolam renang itu di akaun Instagram Market Square Tower.

Bukan kolam kaca saja yang ada, malah jambatan kaca di China dan kotak kaca juga wujud di Menara Kuala Lumpur untuk anda yang ingin merasai pengalaman berjalan atas lantai kaca.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sesat Dalam Hutan Buluh & Q&A 2? (Kyoto)