Komtar Bakal Ada Mural Tertinggi Di Dunia

0
244
Gambar: Free Malaysia Today

Bangunan tertinggi yang merupakan salah satu ikon kepada Pulau Pinang iaitu Komtar bakal diserikan lagi dengan adanya mural tertinggi di dunia pada hujung tahun ini.

BACA: Dengan ECRL, Kuala Lumpur-Kelantan Hanya 4 Jam

Memetik laporan Free Malaysia Today, antara imej yang dipaparkan menerusi mural tersebut adalah:
-tiga perahu naga,
-feri yang juga merupakan ikon pulau mutiara ini -jambatan Pulau Pinang,
-gambaran kehidupan masyarakat

Selain itu keindahan langit yang membiru dan pelangi turut ditambah bagi menimbulkan keseronokan apabila melihat mural ini.

Projek ini juga mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan beberapa syarikat yang lain dalam menjayakan mural tertinggi ini.

Pada awalnya satu tube lift akan dipasang di bangunan tertinggi tersebut namun atas nasihat pihak BOMBA, perancangan tersebut dibatalkan dan diganti dengan projek mural ini.

Lima orang artis mural yang ditaja oleh Only World Group (OWG) akan melukis setiap panel yang berukuran 13 meter tinggi dan akan digabungkan untuk membentuk mural setinggi 230 meter.

Gambar: Free Malaysia Today

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu Mural tersebut akan menjadi kesan visual yang mengambarkan kehidupan di Pulau Pinang yang kaya dengan pelbagai budaya.

Dianggarkan 800 liter cat akan digunakan bagi menjayakan projek ini dan mendapat tajaan daripada Nippon Paint Malaysia.

Lima artis mural muda yang akan berkarya untuk projek ini adalah Falah Naim, Bibichun, The Sliz, Kangblabla dan Sattama.

Proses melukis untuk projek mural ini akan bermula dalam waktu terdekat ini dan akan dihabiskan dalam masa enam bulan dengan waktu bekerja selama lapan sehari.

VIDEO: Lubuk Makan Western Puas Hati Di Pulau Pinang! 🔥 🔥 🔥

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram