Konsep Makan Restoran Ini Jadi Favourite Pelajar

0
4953
Gambar: Harian Metro

Apabila bergelar seorang pelajar pastinya perkara utama adalah menggunakan duit dengan sebaiknya bagi tujuan pembelajaran dan juga belanja harian seperti makanan dan kelengkapan yang lain.

BACA: Ini Kisah Wanita Jual 5,000 Batang Aiskrim Sebulan

Oleh itu tempat makan yang berkonsepkan seperti Kafe Eat & Repeat ini semestinya menjadi kegemaran pelajar apabila mereka boleh memesan pelbagai jenis makanan dengan harga yang murah iaitu hanya RM1.90 semangkuk.

Cawangan kedua ini mula dibuka sejak September yang lalu berlokasi di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dan secara kebetulan berdekatan dengan beberapa institusi pembelajaran seperti UKM dan UniKL.

Bagi pengusaha kafe ini, Dr Azrulhizam dan sepupunya, Shahidatul ‘Adziima Saiful Azhar memberitahu idea untuk membuka kafe ini tercetus kerana situasi ekonomi yang tidak menentu.

Gambar: Harian Metro

“Mulanya, kafe ini dibuka untuk memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar menjamu selera dengan pelbagai menu pada harga yang mampu, namun sambutan menggalakkan turut diperoleh dari pelanggan berkeluarga terutama mereka yang mempunyai anak kerana mereka boleh memesan banyak menu selain tidak membazir,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Buat masa ini Kafe Eat & Repeat menawarkan 13 menu utama seperti nasi goreng ayam cincang, nasi goreng cina, nasi lemak telur, mi kari, mi hailam, mi sup, mi bandung, mi rebus, mi celup, laksa utara, soto ayam, lontong dan kepak ayam tandori.

Selain itu, hidangan pencuci mulut seperti sagu gula melaka, pulut mangga dan cendol turut disediakan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang datang.

Gambar: Harian Metro

Shahidatul turut berkongsi berkenaan resepi penyediaan makanan di kafe ini adalah gabungan resepi keluarga dari tiga negeri yang berbeza iaitu Selangor, Melaka dan Johor.

Selain itu mereka turut mengekalkan rasa dan kualiti seperti cawangan Kafe Eat & Repeat pertama yang terletak di Shah Alam.

VIDEO: Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram