Kontrak Francais Chatime Di Malaysia Tamat

0
46821
Sekadar gambar hiasan. Gambar: Wikiwand

Pasti antara anda adalah merupakan pengemar minuman teh kesihatan terkenal di Malaysia iaitu Chatime dan mungkin berita berkenaan penamatan kontrak pemegang tunggal francais tempatan ini mengejutkan.

BACA: 7 Sebab Peminat Kopi dan Teh Kena Datang Midvalley Sekarang!

La Kaffa International Ltd yang berpangkalan di Taiwan bakal menamatkan kontrak dengan satu-satunya pemegang tunggal francais di Malaysia iaitu Loob Holdings Sdn Bhd.

Menurut pengerusi La Kaffa, Henry Wang, penamatan kontrak itu disebabkan Loob Holdings tidak bersetuju berkenaan pembayaran royalti dan penyumberan bahan.

Sekadar gambar hiasan

“Produk makanan dan minuman boleh digantikan dengan mudah. Perniagaan perlu terus melakukan penciptaan semula dengan memperkenalkan jenama serta produk baru berdasarkan permintaan pasaran untuk menarik pelanggan,” jelas Wang, memetik laporan The Edge Markets.

Buat masa sekarang Malaysia adalah penyumbang terbesar pendapatan Chatime untuk pasaran luar negara melalui kedai-kedai Chatime yang ada di Malaysia.

Sehingga kini terdapat lebih daripada 800 cawangan Chatime di seluruh dunia termasuk China, Australia, Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pembatalan kontrak francais tersebut berkuat kuasa serta merta dan buat masa ini La Kaffa akan mengambil alih pengendalian pengurusan cawangan Chatime di Malaysia.

Sekadar gambar hiasan

Dalam masa yang sama menurut Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo, 165 cawangan Chatime di Malaysia akan beroperasi seperti biasa di bawah syarikatnya dan pihaknya akan memberikan maklum balas setelah mendapat nasihat undang-undang.

“Biar saya jelaskan walaupun francaisor memiliki jenama, semua cawangan Chatime di Malaysia dimiliki dan dikendalikan oleh Loob Holding, sama ada melalui pemilikan langsung, sub-francais atau usaha sama dengan sub-francais.

Beliau yang turut menjamin bahawa kesemua cawangan Chatime dibawahnya akan terus menawarkan produk berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik sepanjang enam tahun syarikat itu dibangunkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram