Kopi Jernih Seakan Air Kosong Pertama Di Dunia

0
2723

Apabila sebut tentang kopi semestinya anda akan terbayangkan minuman yang berwarna hitam ataupun coklat susu jika telah dicampur bersama krimer dan mempunyai rasa yang pahit tetapi sedap.

BACA: Pokok Hujan Hujan Buat Taiping Terasa Romantik

Aroma daripada kopi juga dapat memberi kesegaran jika berasa lemau dan mengantuk dan kerana itu jugalah ada sesetengah orang wajib memulakan hari mereka dengan secawan kopi.

A post shared by Clear Coffee (@clrcff) on

Selain black coffee atau dalam bahasa tempatan kita dipanggil kopi O, terdapat pelbagai variasi kopi yang lain seperti mocha, cappuccino, latte dan sebagainya.

Dua beradik daripada United Kingdom telah memperkenalkan variasi kopi terbaru yang dipanggil Clear Coffee yang sekali pandang nampak seakan air kosong biasa namun mempunyai rasa dan aroma daripada biji kopi Arabica yang berkualiti tinggi.

A post shared by Clear Coffee (@clrcff) on

Bagi salah seorang pengasas Clear Coffee, David Nagy berkata produk terbaru ini terilham daripada obses mereka terhadap minuman kopi.

“Seperti orang lain, kami juga mahu mengelakkan daripada mengalami masalah gigi seperti kesan kuning akibat meminum kopi. Memang tiada apa di pasaran yang dapat membantu kami, sebab itu kami mencipta sendiri resepi air kopi jernih ini,” ujarnya ketika ditemui Cosmopolitan.

A post shared by Clear Coffee (@clrcff) on

Kehadiran CLR CFF ini membuatkan ramai peminat kopi berasa teruja kerana dikatakan air kopi jernih ini mempunyai rasa dan aroma kopi yang segar tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan juga pemanis.

Harga yang diperkenalkan untuk Clear Coffee buat masa kini adalah berharga £5.99 (RM33.00) untuk dua botol minuman ini.

VIDEO: Green Tea Anis Coffee Memang Mengancam!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram