Kos Berbuka Puasa Di Masjid Nabawi Cecah RM1 Juta Sehari

0
5021

Hasil sumbangan syarikat tempatan dan hartawan dari sekitar Madinah, difahamkan kos bagi menyediakan juadah berbuka di Masjid Nabawi mencecah lebih RM1 juta sehari.

BACA: Cabar Dirimu, 7 Sebab Anda Perlu Mengembara Ke Seluruh Dunia

Gambar: Astro Awani / Nazam Yusuff
Gambar: Astro Awani / Nazam Yusuff

Laporan yang disediakan oleh Astro Awani itu juga menyatakan bahawa perkara tersebut adalah aktiviti yang ditunggu sepanjang bulan Ramadan. Malah pelbagai juadah disediakan untuk jemaah di situ, yang mana setiap hari masjid Nabawi dipenuhi sehingga 700,000 jemaah.

Persediaan untuk berbuka pula bermula sebaik sahaja selesai solat Asar. Bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki di sana, pastinya pengalaman sebegini merupakan sesuatu yang sangat berharga, bukan?

1- Kos Berbuka Puasa Di Masjid Nabawi Cecah RM1 Juta Sehari - ROTIKAYA

Selain itu, juadah juga terdiri daripada kurma, roti sehinggalah ke nasi mandy. Apa pun, 20 minit kemudian selepas berbuka, petugas akan mengemas kawasan berbuka tanpa meninggalkan sebaran kesan sisa makanan dan solat maghrib berjemaah pun dimulakan.

Kongsikan perkara menarik ini bersama rakan anda dan jangan lupa ikuti kami di Facebook dan Instagram.