Kuala Lumpur Bandar Termurah Di Rantau Asia

0
442
Gambar: Wikipedia

Mungkin bagi yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur merasakan segala-galanya adalah mahal sehingga ada yang mengatakan jika sekali jejak kaki keluar dari rumah pasti ada duit yang perlu dikeluarkan untuk pembayaran atau pembelian.

BACA: Resepi Mudah Kepak Ayam BBQ Ala Pizza Hut

Namun begitu mengikut 2017 Worldwide Cost of Living survey yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit, bandaraya Kuala Lumpur menduduki tempat ke 96 dalam carta bandar termahal di dunia.

Ini menunjukkan bahawa kos sara hidup di Kuala Lumpur tidaklah terlalu mahal seperti Singapura yang mendapat tempat pertama serta 20% lebih mahal dari kota metropolitan New York (tempat kesembilan).

Gambar: BBC

Kaji selidik itu dijalankan dengan membandingkan harga 160 barangan dan perkhidmatan di 133 bandaraya sekitar dunia dan aspek tersebut penting bagi sesebuah syarikat yang menempatkan kakitangan mereka di luar negara.

Menurut laporan The Star, lima daripada enam bandar termahal dunia terletak di rantau Asia. Hong Kong mendapat tempat kedua selepas Singapura, Tokyo di tepat keempat, Osaka ditempat kelima dan tempat keenam adalah Seoul.

Bandaraya Zurich adalah satu-satunya bandar raya dari Eropah dalam sepuluh bandar termahal dengan kedudukan di tempat keenam.

VIDEO: Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram