Kuala Lumpur Syurga Membeli Belah Terbaik Di Asia

0
571

Nampaknya Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian masyarakat yang membuatkan Kuala Lumpur meriah dengan budaya serta lapisan masyarakat serta terkenal dengan menara berkembarnya yang menjadi ikon kepada Malaysia.

BACA: Menteri: Kapcai Mungkin Tak Boleh Masuk Kuala Lumpur

Ini kerana satu kajian yang dibuat oleh syarikat pelancongan online terkenal iaitu Expedia memilih Kuala Lumpur sebagai tempat membeli belah yang terbaik di rantau asia.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan komen pelancong, jumlah kedatangan pelancong, harga barangan, dan keramahan yang ditunjukkan oleh rakyat tempatan kepada pelancong asing.

Hasil kajian ini telah menjadikan Kuala Lumpur mengatasi bandar terkemuka yang lain di Asia seperti Tokyo dan Jakarta.

Segi tiga emas Kuala Lumpur mempunyai banyak pusat membeli-belah terkenal, selain itu, ramai pereka fesyen antarabangsa dan syarikat francais yang dikenali di dunia turut boleh didapati di sini.

Menurut Naib Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (Mita), Jason Ow Yeang, Kuala Lumpur juga merupakan kawasanyang strategik kerana laluan jalan raya yang sempurna, pilihan makanan yang banyak serta harga barangan yang murah dan menarik.

“Pemilihan Kuala Lumpur sebagai pusat membeli-belah terbaik di Asia adalah tepat kerana ia memiliki syarat dan kelebihan yang lebih baik daripada negara-negara lain di rantau Asia,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

VIDEO: Makan Laksa Siam Tapi Boleh Dapat PS4 PRO? 🤔

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram