Kuih Bakul Gadis Berkerusi Roda Kini Sampai Ke Rusia

0
5609
Gambar: Bernama

Pernah viral pada Januari yang lalu, perniagaan kuih bakul yang diusahakan oleh Haziqah Nurul Huda Harun dari Terengganu makin bertambah maju dan berkembang luas.

BACA:
Belajar Dari Facebook Gadis OKU Jual Kuih Bakul

Kini Haziqah atau mesra dipanggil Yaya itu turut menerima tempahan kuih bakul dari Rusia dan beberapa negara luar dan kini tempahannya melebihi 10,000 biji kuih bakul dalam masa seminggu.

“Saya tidak mampu berterima kasih kepada Bernama kerana pertama kali memaparkan usaha perniagaan kuih bakulnya,” ujar Yaya ketika dihubungi Bernama.

Kuih Bakul Gadis Berkerusi Roda Kini Sampai Ke Rusia

Yaya turut memberitahu selepas perniagaan kuih bakulnya itu viral, jumlah tempahan semakin meningkat sehingga mencecah 10,000 biji kuih dalam masa seminggu yang mana sebelum ini tempahannya hanya 2,000 biji kuih sahaja seminggu.

Walaupun menerima tempahan yang semakin bertambah, Yaya tetap mengekalkan cara pembuatan secara manual dan menggunakan tangan kerana ingin mengekalkan rasa dan kualiti kuih bulan yang dihasilkannya.

Kini Yaya turut menerima tempahan daripada Rusia, Kuwait, India, China, Brunei dan Australia.

Kuih Bakul Gadis Berkerusi Roda Kini Sampai Ke Rusia

“Baru-baru ini saya ada menerima tempahan 100 biji daripada pelanggan di Kuwait, 400 biji dari Rusia dan 200 biji dari India,” ujarnya.

Bagi tidak mengecewakan pelanggan kerana terpaksa menunggu lama, beliau terpaksa mengehadkan pesanan bahkan dia hendikan sementara mengambil pesanan sehingga 15 Mac bagi menyiapkan pesanan yang ada.

Yaya merupakan anak keempat daripada lima beradik itu lumpuh sejak empat tahun yang lalu kerana demam panas dan beliau mempelajari teknik pembuatan kuih bakul daripada rakan Facebooknya di Beijing.

VIDEO: Rahsia Masakan Lebih Sedap & Sempurna!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram