Lagi Banyak Garam, Lagi Cepat Mati?

0
2014

Setiap hidangan makanan yang kita nikmati setiap hari tidak akan lengkap tanpa kehadiran garam. Segalanya akan menjadi tawar dan kita juga bakal hilang selera makan tanpanya.

BACA: Murah Betul Chicken Chop Harga RM4.50

Selain menjadi penambah perisa dalam makanan, garam juga mengaktifkan tunas rasa di lidah kita. Namun, garam juga boleh meningkatkan risiko kematian pramatang.

Jika diambil secara berlebihan, maka ianya boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi.

Garam pembunuh secara senyap

Sumber dari tribunnews.com

Hipertensi yang tidak terkawal akan menyebabkan penyakit jantung dan strok, dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Pada tahun ini World Action On Salt and Health (WASH) menetapkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia disambut pada 20 hingga 26 Mac 2017 dengan tema ‘Garam, Pembunuh Senyap’ (Salt The Forgotten Killer).

Menerusi kajian yang dibuat pada tahun 2015 (MySalt Study) di kalangan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.15 gram (atau 2.9 gram sodium) sehari.

Terdedah kepada makanan tinggi garam

Kajian yang dibuat oleh Malaysian Adults Nutrition Survey (MANS, 2014) juga mendapati kicap soya merupakan antara 10 makanan utama yang diambil oleh rakyat Malaysia setiap hari.

Kini, masih terdapat makanan di Malaysia yang mempunyai kandungan garam yang tinggi walaupun ia sedikit tawar dan tidak perlu masin.

Pelbagai program kesedaran giat dijalankan oleh kementerian kesihatan bagi menyedarkan masyarakat mengenai hal ini.

Hanya lima gram sehari sahaja

Sumber dari tallypress.com

Saranan yang dibuat oleh WHO untuk pengambilan garam ialah lima gram sehari.

Namun, kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan rata-rata rakyat mengambil hampir dua kali ganda berbanding yang disarankan.

Makanan bermasak seperti nasi goreng, telur dadar, nasi lemak, roti canai, mi goreng) serta sos dan perisa masakan merupakan penyumbang utama kepada pengambilan garam yang tinggi.

Industri makanan harus proaktif

Di Malaysia, beberapa industri makanan telah mengambil inisiatif mengurangkan kandungan garam di dalam produk mereka.

Terdapat 46 produk makanan dari pelbagai kategori termasuk mi segera, serbuk atau kiub perasa, sos, biskut, makanan ringan, daging beku, dressing, teh dan minuman 3 dalam 1 telah dikurangkan kandungan garam berbanding formulasi asal.

Usaha ini harus dipertingkatkan lagi dan tidak mustahil untuk diteruskan.

Masyarakat perlu lebih peka terhadap pengambilan garam harian dengan mengambil langkah-langkah seperti membaca label sebelum membeli makanan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! Kelantan Part 2