“Lambat Datang Memang Beraturlah Jawabnya”

0
31134

Kedai makan yang sedap dengan harga yang berpatutan memang akan menjadi pilihan ramai orang walaupun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan pesanan.

BACA: Sedap Ke Tidak Kedai Makan Umi Asam Pedas?

Itulah situasi yang akan anda hadapi sekiranya anda terlewat sampai ke Warung Kak Lin yang terletak di Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang dan berhampiran dengan UNITEN serta kawasan pusat latihan Maybank.

lambat-pergi-memang-beraturlah-jawabnya-vitdaily-07

Setiap hari Warung Kak Lin akan dipenuhi para pelanggan yang ingin menjamu selera pada waktu tengahari kerana lauk pauk yang disediakan memang memenuhi selera ramai orang.

lambat-pergi-memang-beraturlah-jawabnya-vitdaily-05

Sewaktu kami sampai di warung ini ketika jam 12.30 tengahari sudah ramai orang yang beratur dan tak kurang juga yang sedang menjamu selera di meja makan.

lambat-pergi-memang-beraturlah-jawabnya-vitdaily-02

Daripada pandangan kasar menu yang disediakan oleh Kak Lin untuk warungnya nampak biasa sahaja tapi rasanya memang cukup mengancam sesiapa yang makan di situ.

Antara menu yang ada di warung ini adalah nasi lemak ayam goreng berempah, nasi berlauk, mee rebus, lontong, roti canai dan beberapa menu yang lain dan yang sering menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung di warung ini adalah nasi berlauk dan nasi lemaknya.

lambat-pergi-memang-beraturlah-jawabnya-vitdaily-03

Ini kerana sambal nasi lemaknya memang cukup rasa pedas dan manis daripada bawang yang digunakan. Ditambah pula dengan nasi lemak yang lembut dan berbau harum. Manakala bagi nasi berlauk pula anda patut cuba nasi putih bersama kuah gulai ikan tongkol, sambal belacan, ayam goreng berempah panas-panas dan juga sotong celup tepung dan pasti anda akan makan sehingga menjilat jari.

lambat-pergi-memang-beraturlah-jawabnya-vitdaily-04

Menurut seorang pelanggan setia Warung Kak Lin, Mohd Hafif, 25, mengatakan dia dan rakan-rakan hampir akan setiap hari berkunjung ke warung tersebut untuk makan tengahari kerana menu makanan yang ada tidak mengecewakannya setakat ini.

Daripada segi harga pula kami merasakan harga yang dikenakan sangat murah kerana ketika kami makan di situ dengan lauk ayam goreng berempah, sotong goreng celup tepung, sambal goreng jawa dan nasi putih bersama kuah gulai masak lemak ikan tongkol hanyalah RM6.50. Pada kami dengan harga sebegini di kawasan berhampiran bandar memang betul murah.

lambat-pergi-memang-beraturlah-jawabnya-vitdaily-06

Jadi pada anda yang ingin menukar selera dan mencari kedai baru untuk makan tengahari apa kata anda datang ke Warung Kak Lin yang terletak di Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang dan cuba menu makan tengahari yang terdapat di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram