Lapar Di Pejabat? Ikut Cara Wanita Ini Memasak

0
32216

Berada di dalam pejabat dari pagi sehingga petang sememangnya memenatkan dan menjemukan dan pasti ada ketikanya anda akan melihat gambar-gambar makanan yang nampak sedap dan merancang untuk memasaknya selepas waktu pejabat.

BACA: Tiada Lagi Kutipan Tunai Di Tol PLUS Mulai 26 April Ini

Apa kata setelah penat berkerja anda ambil sedikit waktu rehat dan buat apa yang dibuat oleh wanita Cina ini menerusi videonya yang kini tersebar luas.

Apa yang uniknya tentang wanita yang dikenali sebagai “Office Little Ye” ini adalah aksinya memasak di dalam pejabat dengan menggunakan barang perkakas pejabat yang ada sahaja.

Bukan setakat merebus mi di dalam mangkuk bahkan Little Ye ini pernah memasak lempeng menggunakan CPU komputernya sehinggalah membuat mi tarik di tempat kerjanya.

Wanita ini juga pernah membuat pop cornnya sendiri menggunakan tin minuman yang dipotong dan menariknya lagi reaksi mukanya seakan tiada apa yang berlaku.

Mula tersebar apabila dia memuatnaik video aksinya di laman sosial media China, Weibo sehingga mencapai tontonan lebih 20 juta tontonan.

Pagi yang meminati aksi wanita ini pasti tidak sabar menunggu apa lagi masakan yang dia akan masak di pejabat pada setiap minggu.

Reaksi orang ramai juga rata-rata rasa terhibur dengan aksi memasak yang ditunjukkan wanita tersebut dan ada juga yang tertanya-tanya mengapa rakan sekerja wanita tersebut seakan-akan tidak kisah apa yang dilakukannya.

Mungkin ada yang rasa bosan di pejabat bolehlah mula buat apa yang dilakukan wanita ini, dapat hilang bosan dan perut yang kenyang.

VIDEO: Mee Segera Thailand Lagi Padu Dari Samyang Noodle?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram