Lebih 10,000 Jemari KitKat Kini Di Midvalley

0
227
Gambar: Nestle.com

Nestle (Malaysia) telah membuka sebuah kedai konsep, KitKat Chocolatory terbaru di pusat membeli-belah Mid Valley yang membolehkan para pelanggan mencipta 10,000 pilihan jejari mengikut pilihan cita rasa mereka sendiri.

BACA: Fakta: Coklat Bagus Untuk Otak, Bantu Jaga Badan

Pembukaan kedai konsep itu merupakan yang pertama di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Para pelanggan boleh mencampurkan pelbagai ramuan dan mencipta resepi jejari KitKat mereka sendiri

“KitKat Chocolatory memberi peluang kepada penggemar coklat untuk mencipta KitKat mereka sendiri daripada pilihan 16 ramuan premium dan para pelanggan boleh menggunakan kepingan cili yang pedas, karamel chewy, daun teh hijau dan senchia kikusui serta ramuan lazat lain,” ujar Alois Hofbauer selaku Pengarah Urusan Nestle (Malaysia) kepada Sinar Harian.

Gambar: midvalley.com.my
Gambar: midvalley.com.my

Menurut Hofbauer lagi, para pelanggan juga boleh memilih beraneka jenis kotak hadiah untuk membungkus coklat tersebut serta mengabdikan nama mereka pada bungkusan tersebut.

Bagi pelanggan yang hendak memberikan hadiah kepada yang tersayang, mereka boleh melampirkan mesej peribadi istimewa dengan reka bentuk yang dicetak di atas kotak tersebut.

Tambahnya lagi, sejak kebelakangan ini revolusi dunia coklat telah berlaku terhadap pengubahsuaian produk dan Nestle akan tetap berpegang teguh pada kualiti coklat yang mereka keluarkan.

Nestle mengambil langkah signifikan dengan pembukaan kedai konsep ini bagi memenuhi jangkaan pengguna yang sentisa berupa dan juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta dan menikmati jejari KitKat yang lain daripada yang lain.