Lelaki Bernama ‘Pas’ Sukar Dapat Kerja, Bantuan

0
7836
Gambar: Sinar Harian

Oleh kerana dilahirkan dalam masyarakat setempat yang mempunyai pengaruh politik yang sangat kuat telah menyebabkan nama seorang lelaki dipilih sama seperti nama sebuat parti politik terkenal di Malaysia.

BACA: Gambar Terbaru Musim Bunga ‘Sakura’ Di Kedah

Menurut Mahmad Pas Mad Arsyad, 58 namanya telah diberi oleh bapa angkatnya yang juga merupakan seorang ulama di yang terkenal di Padang Terap, Kedah, iaitu Haji Ibrahim Haji Hashim.

Madmad Pas memberitahu ketika dia dilahirkan semangat politik PAS di Kampung Lubuk Perung tersangat kuat dan kerana terpengaruh dengan semangat itu bapa angkatnya memilih nama tersebut dan dipersetujui oleh ibu bapanya.

Sekadar gambar hiasan

Tambahnya lagi, ketika zaman persekolahan namanya sudah biasa dijadikan bahan gurauan di antara rakan-rakannya dan tidak tidak berasa hati berkenaan itu.

“Walaupun diejek rakan-rakan tapi tak pernah sampai bergaduh sebab saya pun disenangi rakan lain.

“Malah pernah ada kawan laungkan nama saya dengan ‘hidup Pas, hidup Pas, hidup Pas’. Ini kebanggaan buat diri saya walaupun sukar dapat nama seperti itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Akan tetapi apabila meningkat dewasa Madmad Pas merasakan kesukaran untuk memohon kerja sebagai penjawat awam kerana disebabkan namanya.

Malah ketika dia memohon kerja melalui Operasi Jawatan Penuh yang dilancarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dia masih tidak berjaya mendapatkan sebarang kerja dan ada penemu duga yang tersenyum apabila melihat namanya.

Sekadar gambar hiasan

Selain itu, permohonannya untuk mendapatkan rumah projek di bawah kerajaan juga terganggu sehingga dia terpaksa berjumpa terus dengan pegawai daerah ketika sebelum itu permohonannya sebanyak tiga kali telah ditolak.

Meluahkan rasa, Madmad Pas turut berasa kecewa dengan budaya politik Malaysia berbanding politik barat yang bersifat lebih terbuka.

“Walau apa nama sekali pun, saya tetap rakyat Malaysia dan berhak serta layak mendapat pekerjaan dengan sijil pelajaran yang saya miliki pada masa itu,” katanya lagi.

VIDEO: 6 Tempat Makan Yang Kami Singgah Di Kedah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram