Lelaki Dedah Cara Bancuh Milo Paling Sedap, Fresh

0
3583
Gambar: pibgsklb.blogspot.my

Pasti ramai yang gembira apabila nampak lori Milo yang menyediakan air Milo secara percuma ketika sesuatu acara ataupun sewaktu zaman persekolahan. Rasa Milo yang sejuk, manis dan berlemak itu pasti sentiasa menjadi ingatan dan kadang kala pelik juga macam mana rasa Milo yang disediakan itu cukup rasanya dan berbeza sekiranya dibancuh sendiri.

Seorang pengguna laman sosial media Facebook, Syahrin Yen Zaini telah memerhati setiap langkah, bahan dan juga sukatan sewaktu pekerja Lori Milo membancuh air Milo yang sedap dan menyegarkan itu.

Resepi dan sukatan yang boleh anda ikut sekiranya tekak teringin minum air seperti yang Lori Milo sediakan.

-8 Tin susu pekat Cap Junjung
-8 tin susu cair jenama Ideal
-4 Liter air panas
-4 Paket Milo (1kilogram)
-Ketulan ais secukupnya

Bagi langkah-langkahnya kami kongsikan menerusi gambar-gambar berikut.

Masukkan 8 tin susu pekat cap junjung ke dalam bekas

Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini
Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini

Setelah itu masukkan 8 tin susu cair jenama Ideal, kacau rata

Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini
Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini

Masukkan Milo 1 kilogram sebanyak empat paket dan sebatikan dengan bancuhan susu

Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini
Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini

Gunakan air panas sebanyak empat liter dan kacau sebati dengan adunan Milo tadi

Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini
Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini

Masukkan bancuhan Milo tadi ke dalam bekas lain yang mengandungi ais

Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini
Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini

Bancuhan Milo tersebut sedikit pekat dan ais akan mencairkan bancuhan tersebut tanpa menjejaskan rasa yang kaw

Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini
Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini

Jangan lupa beratur untuk mengambil Milo dan ucap terima kasih pada abang Milo yang baik hati itu

Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini
Gambar: Facebook Syahrin Yen Zaini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram