Lelaki Ini Taksub Milo!

0
12258

Sejak kecil lagi kita sudah biasa dengar jenama minuman terkemuka, Milo. Malah, ada yang tertunggu-tunggu lori Milo semasa masih bersekolah dulu.

Namun, seorang lelaki dianggap pelik kerana memiliki hobi yang unik iaitu mengumpul barangan Milo sejak kecil hingga sekarang.

BACA: Tak Boleh Telan Nasi, Hanya Milo Pemberi Tenaga

Sumber dari hmetro.com.my

Pengumpul tegar barangan Milo, Mohd Yusof Ali, 37, berkata dia mula berminat untuk mengumpul barang Milo apabila arwah bapanya, Ali Kadir, 70, sentiasa beli Milo untuk bekalan stok minuman di kedai makan yang diusahakannya.

Sumber dari sinarharian.com.my

“Setiap kali beli produk Milo, mesti ada free gift sama ada dalam bentuk gelas, kotak pensel, botol minuman dan sebagainya diterima daripada pembekal,” katanya kepada Sinar Harian.

“Pada masa itu, pelbagai pelekat berasaskan Milo juga turut ditampal di ruang dinding di kedai sebagai salah satu cara mempromosikan minuman berkenaan oleh pembekal,” tambahnya lagi.

Sumber dari pressreader.com

Dia mendapat idea untuk menjadikan kesemua barangan Milo dimilikinya itu sebagai koleksi ketika dia mula kumpul koleksi-koleksi lain yang tiada dalam simpanannya.

Sumber dari sinarharian.com.my

Yusof berkata, dia mencari koleksi Milo melalui rakan-rakannya, di laman sosial Facebook serta mencari di pasar Karat yang menjual barangan antik. Antara koleksi paling antik dimiliki olehnya ialah beberapa tin Milo yang dikeluarkan pada tahun 1960-an.

Sumber dari hmetro.com.my

Selain itu, ada pihak turut meminati hasil koleksi Yusof hingga sanggup menawarkan RM40,000 kepadanya untuk membeli kesemua koleksi Milo tersebut.

Sumber dari hmetro.com.my

Walau bagaimanapun, dia tidak terfikir untuk menjual hasil koleksinya kerana setiap barangan dikumpul mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Tambahnya lagi, dia ingin membuka galeri Milo suatu hari nanti untuk dijadikan kenangan.

Banyak perubahan yang dibuat oleh Milo untuk bertahan sebagai minuman coklat terkemuka di negara kita dan kami sendiri meminati Milo hingga sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Maggi Kari Campur Milo?