Lelaki Mati Terkambus 6 Tan Majalah Porno

0
1242
Keadaan dalam rumah lelaki tersebut

Seorang lelaki di negara matahari terbit, Jepun telah ditemui mati tertimbus pelbagai majalah porno yang seberat enam tan tanpa diketahui oleh orang lain.

BACA: Perayaan Lelaki Jepun Separuh Bogel Rebut Kayu Suci

Akhirnya kematian lelaki tersebut disedari oleh tuan rumahnya apabila memasuki rumah tersebut bagi mengutip sewa yang telah tertunggak sekian lama.

Pada awalnya kematian lelaki tersebut tidak didedahkan kepada orang ramai bagi menjaga maruah si mati dan keluarganya namun seorang petugas pembersihan telah memberitahu kejadian tersebut kepada orang lain.

Keadaan dalam rumah lelaki tersebut

Menurut petugas kebersihan itu, lelaki yang telah mati itu bernama Joji dan berusia 50 tahun serta pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat pembuat kereta di Jepun.

Dipercayai lelaki tersebut telah rebah ekoran serangan jantung sebelum dihembab majalah tersebut. Ada kemungkinan juga dia masih hidup ketika itu namun jeritanya tidak didengari kerana tertimbus dengan majalah seberat itu.

VIDEO: Makan Laksa Siam Tapi Boleh Dapat PS4 PRO?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram