Lelaki Maut Lepas Makan Kodok

0
1166

Katak merupakan makanan istimewa yang tidak asing lagi di beberapa bandar di Korea Selatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa spesies katak kodok yang anda tidak boleh makan kerana ia boleh membawa maut.

BACA: Pemilik Nafi Ada Katak Dalam Coconut Shake

Seorang lelaki berusia 57 tahun berasal dari bandar Daejon maut selepas memakan haiwan itu bulan lepas. Mangsa merupakan salah seorang yang menangkap kodok itu di kolam takungan bersama rakan-rakannya.

Sumber dari getaransehat.com

Mereka menyangka kodok itu boleh dimakan tetapi tekaan mereka meleset setelah semua dikejarkan ke hospital akibat memakan haiwan tersebut.

Lelaki itu meninggal dunia sehari selepas dikejarkan ke hospital manakala yang lain hanya mengalami keracunan makanan kerana kodok yang mereka makan itu ialah kodok beracun.

Kodok menyerang dengan mengeluarkan racun di badan mereka jika terancam dan bahan kimia racun itu dikenali sebagai bufotenin, yang boleh membawa maut jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Spaghetti Kambing?