Lelaki Salah Guna Kad Kredit Syarikat Untuk Kurus

0
872
Gambar: Sinar Harian

Seorang pengurus besar kanan, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai telah menyalahgunakan dan meluluskan peruntukan sebanyak RM80,000 untuk rawatan pelangsingan badan dan kecantikan kulit.

BACA:
Rahsia Ziana Zain Kekal Langsing Selepas Bersalin

Suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan mempunyai masalah obesiti dan disyaki menggunakan kad kredit korporat syarikat untuk membuat satu rawatan yang tak tertakluk dalam kontrak faedah.

Menurut Sinar Harian, kad kredit korporat hanya dibenarkan untuk kegunaan rasmi seperti pembelian tiket kapal terbang, hotel, keraian dan belanja mesyuarat seperti yang dinyatakan oleh syarikat.

Daripada siasatan awal, suspek didapati mendapatkan rawatan pelangsingan dan rawatan kecantikan kulit di sebuah klinik dan hospital di Lembang Klang padaa Disember 2015 sehingga Ogos 2016.

Suspek telah dinaikkan pangkat ke pengurus besar kanan bahagian yang sama pada Disember 2015 dan sebelum itu dia dilantik pengurus besar pada Januari 2015.

Menurut sumber lagi, setiap kelulusan tuntutan perubatan kakitangan MAHB bergantung kepada semakan oleh pihak ketika yang dilantik untuk menguruskan kemudahan perubatan kakitangan mengikut ‘Schedule of Benefits’ dan ‘exclusion list’ yang diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia MAHB.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani turut mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi dan SPRM telah merampas beberapa dokumen seperti kad-kad kredit korporat yang dibekalkan kepada suspek untuk tujuan siasatan.

VIDEO: Makan-Makan: Cendol Pulut Abang Din

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram