Lelaki Terangkan Kenapa Sembelihan Cara Islam Lebih Baik

0
1222

Sembelihan yang sempurna adalah salah satu syarat penting kalau kita nak menikmati suatu juadah yang enak. Andai kata tidak disembelih dengan baik, maka daging tersebut diklasifikasikan sebagai bangkai dan tak boleh dimakan.

Menurut perkongsian Facebook oleh Aiman Dhuha, dalam hukum syariat Islam penyembelihan mestilah dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam, memotong tiga saluran pada leher bahagian hadapan, yakni: saluran makanan, saluran nafas serta dua saluran pembuluh darah, iaitu: arteri karotid dan vena jugularis.

 

Sekadar gambar hiasan

Islam juga tidak menggalakkan untuk mengguna kaedah atau teknik dipengsankan terlebih dahulu. Sebaliknya, kaedah Barat ada mengajarkan atau bahkan menghendaki agar ternakan dipengsankan terlebih dahulu sebelum disembelih.

Melalui kajian ilmiah yang dilakukan oleh dua kakitangan ahli kajian haiwan ternakan dari Hannover University, sebuah universiti terkemuka di Jerman.

Prof. Dr. Schultz dan rakan-rakannya Dr. Hazim, mereka memasang alat mikrocip yang dipanggil EEG (Electro-Encephalograph) pada permukaan otak kecil lembu dan ECG (Electro-Cardiograph) pada jantung lembu.

Dari hasil penelitian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Prof. Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu boleh dijelaskan beberapa hal sebagai berikut;

Tiada tanda sakit

Sekadar gambar hiasan

Pada 3 saat yang pertama selepas ternakan disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu dibahagian hadapannya terputus), tercatat tidak ada perubahan pada graf EEG. Hal ini bermakna bahawa pada 3 saat pertama selepas disembelih itu, tidak ada tanda-tanda rasa sakit.

Seperti ‘tidur nyenyak’

Sumber dari zakiepurvit.blogspot.com

Pada 3 saat berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penurunan grafik secara beransur-ansur yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu-lembu itu benar-benar kehilangan kesedaran. Pada masa tersebut, tercatat pula oleh ECG bahawa jantung mula meningkat aktivitinya.

Tiada langsung rasa sakit

Sekadar gambar hiasan

Setelah 6 saat pertama itu, ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota badan dan mengepamnya keluar.

Hal ini merupakan refleksi pergerakan koordinasi antara jantung dan saraf tunjang (spinal cord). Pada saat darah keluar melalui ketiga saluran yang terputus di bahagian leher tersebut, graf EEG tidak naik, sebaliknya telah turun sehingga ke level kosong (angka sifar).

Hal ini diterjemahkan oleh kedua-dua penyelidik ahli itu bahawa: “No feeling of pain at all!” (Tidak ada rasa sakit sama sekali!).

Daging yang sihat

Sekadar gambar hiasan

Oleh kerana darah telah ditarik dan dipamkan oleh jantung keluar dari tubuh secara maksimum, maka apa yang dihasilkan ialah healthy meat (daging yang sihat) yang layak untuk dimanfaatkan bagi manusia.

Jenis daging dari hasil sembelihan semacam ini sangat sesuai dengan prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Makan Steamboat Murah Kat Kelantan, RM20 Je Wei!