Kadang-kadang emosi menguasai diri hingga kita bertindak di luar batasan seperti membahayakan nyawa orang di sekeliling kita.

Hanya kerana seorang isteri lewat menghidangkan makanan kepada suaminya, dia ditembak mati oleh suaminya sendiri di New Delhi, India.

BACA: Bukan Mahu Bunuh Diri, Salah Teknik Terjerut Leher Sendiri

Gambar sekadar hiasan

Polis Ghaziabad, India, Rupesh Singh berkata, lelaki itu dikenali sebagai Ashok Kumar berada dalam keadaan mabuk ketika dia bertindak menembak isterinya di rumah mereka.

“Lelaki itu (Kumar) sering mengambil minuman beralkohol. Pada Sabtu, dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan bertengkar dengan isterinya. Wanita itu sedih dengan tabiat suaminya dan mahu berbincang berkaitan isu itu, namun lelaki itu mahu isterinya menghidangkan makanan malamnya,” kata Rupesh.

“Suspek yang berang kerana makanannya lambat dihidangkan bertindak menembak mangsa,” tambahnya lagi sambil memberitahu lelaki berusia 60 tahun itu menyesal dengan tindakannya.

Ketika kejadian, Sunaina, 55 tahun, dikejarkan ke hospital dengan kesan tembakan di kepala namun dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Walau seteruk mana pergaduhan antara suami isteri, pasti ada jalan penyelesaiannya. Berbincang dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan yang bakal membuatkan kita menyesal di kemudian hari.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Siapa Hantu Pepahat, Korang Kena Sebat Habis Habisan!”