Line Clear Kampung Baru & Pulau Pinang Tak Sama?

0
1834

Kecoh isu viral Restoran Line Clear di Pulau Pinang yang disita majlis perbandaran negeri itu kerana kotor, pihak pengurusan Restoran Line Clear Nasi Kandar Kampong Bharu nafi mempunyai kaitan hubungan dengan mereka.

BACA: Angkara Dengki, Ternakan Disihir Dan Dibunuh Kejam

Menurut pengarahnya, Mohd Faisal Akbar Ali, pihak pengurusan di Pulau Pinang dan di LC Restoran Kampong Bharu adalah tidak sama.

“Untuk makluman, selama kami menguruskan perniagaan ini sejak 2011 hingga perbicaraan mahkamah premis ini tidak pernah ditutup atas apa-apa sebab sekalipun.

Beri kesan pada kami

Sumber dari thestar.com.my

“Namun, disebabkan kecuaian ini, ia akan menjejaskan giliran perniagaan kami pada 2018 dan 2019 dan juga ia secara tak langsung memberi kesan kepada LC Restoran Kampong Bharu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pihaknya juga amat kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak yang diamanahkan bagi menguruskan giliran perniagaan Line Clear di Pulau Pinang.

Tahap kebersihan dijaga

Restoran LC Nasi Kandar Kampong Bharu sendiri telah menetapkan tempoh pembersihan antara jam 12 malam hingga 6 pagi memastikan tahap kebersihan yang optimum.

“Kami amat mengutamakan kebersihan baik di peringkat dapur, tandas dan terutama sekali makanan. Penilaian yang dibuat Unit Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 9 Januari lalu adalah amat memuaskan.”

Masih beroperasi seperti biasa

“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pelanggan yang setia memberikan sokongan,” katanya

“Sehingga hari ini, LC Restoran Kampong Bharu masih beroperasi seperti biasa dan kami mohon agar pelanggan kami tidak terkeliru dengan isu ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Ayam Berempah Panas Punya Pasal