Lipas Dalam Telinga, Lelaki Sembur Racun Perosak

0
1810
Lipas yang terperangkap di dalam telinga lelaki tersebut. Gambar: Shanghaiist.com

Setelah tiga hari menderita kerana seekor lipas yang terperangkap di dalam telinganya dan tidak berjaya mengeluarkannya, seorang lelaki daripada selatan China nekad menyemburkan racun perosak ke dalam telinganya.

BACA: Bunuh Keluarga Lipas Dengan Minyak Masak, Marjerin & Susu Pekat

Daripada laporan Oriental Daily mengatakan lipas tersebut telah berada di dalam telinga lelaki berusia 60 tahun itu sejak 1 Februari yang lalu.

Sebelum ini lelaki tersebut telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengeluarkan lipas tersebut seperti mengunakan pencungkil gigi dan penyepit kecil tetapi tidak berjaya mengeluarkan seranggan kecil itu.

Penyembur racun serangga perosak yang digunakan lelaki tersebut. Gambar: Shanghaiist.com

Oleh kerana itu dia bertindak menyemburkan racun perosak ke dalam saluran telinganya dengan harapan lipas tersebut akan keluar namun tindakannya itu menyebabkan lipas tersebut mati dan terperangkap di dalam telinganya dan kesan tindak balas kimia, telinga lelaki tersebut membengkak.

Setelah itu dia pergi mendapatkan rawatan di hospital bagi mengeluarkan bangkai lipas yang berukuran 1 sentimeter panjang dan merawat telinganya yang bengkak.

Lipas yang telah dikeluarkan dari telinga lelaki tersebut. Gambar: Shanghaiist.com

Menurut seorang doktor, lipas akan mencari tempat panas bagi tujuan perlindungan pada musim sejuk di China dan memasuki telinga lelaki tersebut kerana ia adalah tempat yang sesuai dengan habitat lipas.

VIDEO: Siapa Suka Pedas, Kena Makan Di Bert’s!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram