Majikan Bayar RM60 Setiap Kilo Berat Turun

0
1443
Antara pekerja Wang yang gembira dengan imbuhan yang diberikan.

Dalam menurunkan berat badan semestinya sokongan daripada pelbagai pihak diperlukan sebagaib sumber motivasi supaya anda tidak cepat rasa kecewa mahupun jemu dengan usaha menjaga pemakanan dan bersenam.

BACA: 3 Sebab Perlu Sarapan Percuma Di Pejabat

Oleh kerana itu sebuah syarikat di China telah memperkenalkan satu polisi baru yang akan membayar sejumlah wang untuk setiap kilogram berat pekerjanya berjaya diturunkan.

Xian Jingtian Investment Consulting yang terletak di daerah Shaanxi telah memulakan polisi ini pada awal Mac ini bagi mengalakkan para pekerjanya mempunyai gaya hidup yang sihat.

Bagi pemilik syarikat, Wang Xuebao mendapat idea untuk melaksanakan program ini apabila melihat para pekerjanya hanya duduk dan bekerja semata-mata dan boleh menyebabkan berlakunya obesiti.

Jadi Wang telah menetapkan setiap pekerjanya yang berjaya menurunkan setiap kilogram berat badan akan dibayar $14 (RM60) dan dikehendaki menurunkan tiga kilogram berat permulaan terlebih dahulu.

Tertarik dengan imbuhan yang disediakan, ramai pekerjanya mula melakukan senaman dan pemakanan yang sihat dan seorang pekerjnya, Zhou Wei berjaya mendapat $290 (RM1290) kerana telah menurunkan sebanyak 20 kilogram berat badannya.

Bagi para majikan di Malaysia, mungkin boleh mengambil idea seperti ini untuk menerapkan cara hidup sihat kepada para pekerja dan sekaligus dapat memastikan produktiviti meningkat kerana tidak menghadapi sebarang penyakit.

VIDEO: [Vlog 13] Vitdaily Makan Banyak Tapi Kurus? Ini Jawapannya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram