Makan 3 Sudu Nasi Sehari Demi Kurus

0
8184

Sesiapa sahaja pasti inginkan bentuk tubuh badan yang menawan dan langsing. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk dapatkan tubuh badan yang diidamkan termasuklah makan tiga sudu nasi sehari.

BACA: Rahsia Masyarakat Jepun Makan Sikit Dan Sihat

Sumber dari netizenbuzz.blogspot.com

Itulah yang dilakukan oleh aktres Korea, Lee Tae-Im, 30, untuk mengurangkan berat badannya. Dia memberitahu Oddity Central bahawa dia hanya mengambil masa selama enam bulan untuk menurunkan berat badan.

Punca utama aktres cantik itu mengambil keputusan untuk amalkan diet melampau ini kerana dia berasa kurang keyakinan diri apabila melihat aktres lain lebih kurus dan menawan darinya.

Walau bagaimanapun, Lee Tae-Im tidak menggalakkan orang ramai mengikuti dietnya kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Dia mengamalkan diet sebegitu kerana ingin kurus dalam waktu yang singkat dan untuk kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Namun, aktres itu menambah jumlah pengambilan nasi kepada enam sudu sehari dan berat badannya naik 2-3 kilogram ekoran ramai menegur dia kelihatan terlalu kurus.

Banyak lagi cara sihat untuk kurus yang anda boleh ikuti selain dari mencuba diet melampau sebegini. Anda perlu tahu kesan daripada diet yang anda amalkan sama ada ia bagus untuk kesihatan atau tidak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ingat Susah Sangat Nak Buat Dumpling, Senang Je Rupanya