Makanan Di Kafe Elfira Loy Tak Sedap?

0
8623

Sedap ke tidak makan di Love Me Sevendays Cafe milik pelakon popular, Elfira Loy ini. Itulah persoalan pertama yang kami tertanya-tanya sebaik membuat keputusan untuk makan sini.

BACA: Sedap Ke Tidak Kedai Makan Umi Asam Pedas?

Nak tahu sedap ke tidak, jom layan apa yang kami sempat cuba ketika makan di sini. Tak cuba, macam mana nak tau sedap ke tidak, bukan?

Love Me Sevendays Cafe yang terletak di Wisma Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur ini ada pelbagai menu daripada pasta sehingga set nasi dan untuk kali ini kami mencuba hidangan Seafood Aglio Olio yang menjadi Daily Special di kafe ini dan berharga RM24.70.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-06

Antara makanan laut yang dimasukkan dalam aglio olio ini adalah udang, sotong dan juga lala serta digoreng menggunakan sedikit mentega, minyak zaitun, dan sedikit bawang putih. Hidangan mempunyai rasa pedas-pedas daripada cili padi dan serbuk cili serta sudah disesuaikan dengan selera Malaysia.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-08

Selain itu, spaghetti yang digunakan juga direbus sempurna, ia tidak terlalu lembut dan masih terasa kenyal ketika mengigitnya. Jus lemon yang dimasukkan sedikit menambah rasa bagi aglio olio ini. Kami rasa mungkin tukang masak boleh gunakan lala yang bersaiz besar sedikit untuk memudahkan pelanggan membuka cengkerang lala tersebut.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-02

Bagi minuman kami memesan Franilla Chocolate yang berharga RM11.70 atas saranan pelayan. Sememangnya minuman ini tidak mengecewakan kerana rasa coklat dan susu yang dikisar bersama ais betul-betul menyegarkan. Para penggemar coklat pasti sukakan minuman ini.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-03
Perbezaan franilla ini berbanding ice blended yang lain adalah rasa vanilla yang dimasukkan bersama ketika mengisar selain itu rasanya tidaklah terlalu manis kerana ketika meminumnya kami masih dapat merasakan rasa pahit coklat yang digunakan.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-07
Manakala untuk pilihan pencuci mulut, Love Me Sevendays Cafe menyediakan beberapa pilihan seperti manggo cheese cake, Belgian chocolate cake, tiramisu dan beberapa pencuci mulut yang lain. Atas saranan pelayan kami memesan Apple Cramble yang berharga RM10.70.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-13

Memang berbaloi memesan apple cramble ini kerana cramblenya tidak terlalu gebu dan rasa just nice di antara manis buah epal dan juga gula perang yang digunakan serta rasa serbuk kulit kayu manis yang dimasukkan turut memberikan rasa yang berlainan. Pencuci mulut ini juga disertakan dengan aiskrim vanilla dan ia melengkapkan apple cramble yang disajikan panas-panas ini.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-04

Daripada segi harga hidangan di kafe ini boleh dikatakan ia berpatutan dengan saiz hidangan dan juga rasa yang disediakan, kerana bagi hidangan utama harganya dalam lingkungan RM10 sehingga RM25. Begitu juga dengan pilihan minuman, anda boleh memilih untuk minuman jus mahupun minuman kopi seperti latte, cappucino mahupun frappe.

Suasana Love Me Sevendays Cafe

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-09

Selain pilihan menu yang menyelerakan antara tarikan lain kafe ini adalah daripada segi dekorasi ruang dalamannya. Mengambil tema vintaj menjadikan ruang dalamannya terasa tenang dan sesuai untuk anda yang inginkan tempat menjamu selera sambil bersantai bersama teman-teman.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-10

Kafe ini juga menyediakan ruang untuk ditempah sekiranya anda ingin mengadakan majlis kecil-kecilan seperti sambutan hari lahir, baby shower yang menjadi trend ibu-ibu muda masa kini ataupun reunion bersama teman-teman sekolah. Ruangnya sangat kondusif dan mampu memberikan pengalaman yang menarik buat tetamu jemputan anda.

makanan-di-kafe-elfira-loy-tak-sedap-vitdaily-11

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram