Makanan Ini Selamat Dimakan Walaupun Berkulat

0
2939

Antara musuh utama apabila menyimpan makanan adalah menjadi lemau dan berkulat apabila tidak disimpan dengan cara yang elok serta ramai yang beranggapan kesemua makanan yang sudah berkulat tidak elok lagi untuk dimakan.

BACA:
5 Sayuran Untuk Wanita Kekal Bertubuh Langsing

Perkara tersebut ada benarnya kerana kulat pada makanan akan menghasilkan mycotoxins yang mengandungi bahan beracun yang boleh membuatkan anda sakit perut.

Namun begitu ada beberapa jenis makanan yang sekiranya berkulat ia masih selamat untuk dimakan. Anda hanya perlu potong sahaja bahagian yang berkulat itu dan ia boleh dimakan.

1. Hard salami


Salami adalah sosej yang diperbuat daripada daging. Kebiasaannya makanan seperti ini memang akan berkulat setelah disimpan untuk beberapa tempoh. Anda hanya perlu memotong bahagian yang berkulat dan ia boleh digunakan untuk masakan.

2. Keju keras


Oleh kerana berasal daripada produk tenusu, keju yang berbentuk buku akan berkulat juga sekiranya disimpan dalam tempoh yang lama. Anda hanya perlu potong bahagian yang berkulat itu.

3. Buah-buahan


Buah-buahan yang keras seperti epal atau cili belanga masih boleh dimakan sekiranya anda potong bahagian yang ditumbuhi kulat.

4. Sayur-sayuran


Bukan semua sayur-sayuran masih elok dimakan namun bagi sayuran seperti kobis dan lobak merah, anda hanya perlu potong bahagian yang tidak elok itu boleh gunakan di dalam masakan walaupun rasanya tidaklah segar lagi.

VIDEO: “Saya Tak Boleh Lupa Subway Chicken Tandoori!”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram