Malas Nak Diet? Cuba 5 Cara Ini

0
6461

Sebut sahaja pasal diet, ramai yang mengatakan perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah menyelesaikan masalah bahagian perut. Perut sangat susah untuk dibentuk atau dikempiskan kerana kebanyakan lebihan lemak tertumpu di situ.

BACA: Mufti: Henti Promosi Nasi Lemak Gay, Pondan

Memang perlukan lebih masa untuk kempiskan perut berbanding bahagian badan yang lain sebenarnya. Rutin sukan dan cara pemakanan yang baik perlu diatur dan dilaksanakan dengan sempurna.

Ada beberapa gerakan atau makanan mudah yang boleh menghilangkan lemak di perut dan membantu untuk mempunyai bentuk tubuh yang ideal.

1. Amalkan senaman sit-up

Sumber dari ibodz.com

Walaupun sederhana, tapi buat sit-up secara konsisten ini mampu buat perut anda kempis dan membuang lebihan lemak. Sit-up membantu menegangkan otot perut sekaligus mampu membentuk otot yang sempurna.

2. Lari setempat sebelum tidur dan bangun tidur

Sumber dari sr-9.blogspot.my

Lari setempat mempunyai manfaat yang sangat bagus untuk menguruskan badan. Selain boleh dilakukan di bilik tidur, lari setempat mampu membakar banyak kalori. Lakukan lari setempat ini 5-10 minit sebelum tidur dan bangun tidur.

3. Buat planking secara konsisten

Sumber dari lifehack.com

Planking dibuat dengan cara menahan berat badan menggunakan tangan dan kaki dalam posisi tertentu. Manfaat planking ini sangat berguna untuk memastikan lemak berlebihan hilang dari perut anda.

4. Makan sayuran dan buah

Sumber dari shutterstock.com

Sangat baik jika anda boleh membuang air besar pada waktu pagi. Ini kerana sistem penghadaman anda dapat dibersihkan dan berfungsi dengan baik untuk mencerna makanan seterusnya.

Buah-buahan dan sayuran sangat sesuai dimakan kerana mempunyai serat dan kandungan vitamin yang tinggi.

5. Minum air limau nipis suam

Sumber dari consciouslifenews.com

Limau nipis dikatakan mempunyai agen detoks yang menghalang sisa lemak berkumpul di otot tubuh anda. Tapi, anda harus meminum air limau nipis ini suam dan bukannya sejuk. Sebaiknya minum di awal pagi.

Lima tips ini memang mudah sebenarnya. Apapun, usaha dan konsistensi harus ada bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal. Mulakanlah dari sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Lubuk Pasta Makan Puas Hati Kat Cheras?