Marrybrown Perkenal Menu Nasi Kandar?

0
3172
Gambar; Sinar Harian

Nasi kandar sememangnya satu menu harian terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia bahkan ia ibarat ikon makanan Malaysia walaupun mempunyai pengaruh dari negeri India.

BACA: Doktor Dedah Punca Makan Sushi Dapat Cacing

Oleh kerana itu, rangkaian restoran makanan segera, Marrybrown telah memperkenalkan satu siri menu terbaru mereka iaitu Localicious yang memilih Nasi Kandar sebagai menu untuk para pelanggan.

Pengerusi Marrybrown, Sdn. Bhd. Datuk Lawrence Liew memberitahu Malaysia adalah satu negara yang bertuah kerana mempunyai masyarakat yang berbilang etnik dan budaya serta mempunyai pilihan masakan dan makanan yang enak dan pelbagai.

“Marrybrown merancang memperkenalkan lebih sajian tempatan untuk memenuhi cita rasa pelanggan di restoran kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Gambar: BH Online

Bagi kombo Nasi Kandar Marrybrown ini para pelanggan akan disajikan nasi putih, ayam goreng rangup, bendi, telur rebus, papadum, kuah kari dan didatangkan juga bersama air teh limau Heaven and Earth.

Menu ini yang telah mula diperkenalkan pada 24 Mac yang lalu di setiap cawangan restoran Marrybrown dan satu kempen Kupon Bajet Jimat turut diperkenalkan untuk pelanggan setia mereka.

Kupon tersebut memberikan penjimatan lebih daripada 30 peratus untuk hidangan utama tertentu, pembuka selera dan pencuci mulut.

Pada yang berminat untuk mendapatkan kupon tersebut boleh memuat turun daripada laman web www.marrybrown.com.my.

VIDEO: 4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram