Masuk Hospital Gara-Gara Sushi

0
1767

Makanan popular Jepun, sushi menjadi kegemaran orang ramai hampir di seluruh dunia. Ada yang suka makan sushi dan ada juga yang tidak suka kerana kebanyakan sushi dihidang bersama daging mentah.

BACA: ‘Sneakerhead’ Mungkin Tak Akan Makan Sushi Ini!

Sumber dari visitfrisco.com

Seorang lelaki berusia 32 tahun dari Portugal dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom-simpton yang tidak diketahui puncanya. Dia hanya memberitahu doktor bahawa makanan terakhir yang dimakan adalah sushi.

“Kes seperti ini semakin meningkat di negara-negara barat. Perubahan dalam tabiat makanan menjadikan anisakiasis (sejenis penyakit) semakin meningkat di negara-negara Barat,” ujar doktor tersebut kepada BMJ.

“Pesakit yang mempunyai sejarah pengambilan ikan mentah atau tidak dimasak terdedah dengan risiko penyakit ini,” tambahnya lagi. Sushi yang menggunakan daging mentah seperti ikan salmon dan tuna berkemungkinan dijangkiti parasit menyerupai ulat kerana dihidang mentah.

Pesakit lelaki itu disahkan bebas dari simptom-simptom yang dialaminya setelah membuang ulat dari badan menggunakan jaring khas.

Sumber dari asiavacations.biz

Selain sushi, sashimi juga merupakan hidangan mentah popular di negara matahari terbit itu. Walaupun ia mentah tetapi rasanya enak dan digilai orang ramai.

Mungkin lepas ni anda perlu berhati-hati apabila memilih kedai sushi yang diyakini bersih supaya dapat mengelak daripada dijangkiti parasit.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila Apa T-Shirt RM3,000?!!