Mat Salleh Bersanding Macam Melayu

0
12528

Teruja sebenarnya bila melihat orang luar memperagakan busana kita mengikut budaya sesuatu tempat di Malaysia.

BACA: Nasi Lemak Pondan Dikecam Teruk!

Ia sememangnya unik dan semestinya kita berbangga kerana budaya kita dihargai dan disanjung dengan baik sekali.

Inilah yang telah dilaksanakan oleh sepasang suami isteri dari Kanada dan Perancis, Paul Tougas dan Caroline Lapointe.

Mereka yang sudah 19 tahun berkongsi hidup serta mempunyai dua cahaya mata memilih untuk bersanding mengikut adat Melayu di Muar, Johor.

Ikut adat Melayu

Sumber dari Utusan Online

Majlis persandingan itu diraikan bersama hampir 100 kakitangan Kilang LB Furniture yang merupakan rakan niaga kepada Paul.

Dengan iringan paluan kompang, tepung tawar, silat dan makan beradab, mereka nampak tampan dan anggun mengenakan busana pengantin orang Melayu.

Anak mereka, Julyane Tougas dan William Tougas turut bertindak sebagai pengiring.

Tambah menarik, Paul juga harus mengikut budaya masyarakat Melayu Johor sebelum dibenarkan duduk bersanding di sebelah isterinya iaitu dia dikenakan ‘tol’ dahulu.

Meraikan rakan niaga di Malaysia

Mereka membuat keputusan mendirikan rumah tangga pada pertengahan September lalu selepas 19 tahun bersama.

“Kami sekeluarga amat gembira dengan layanan yang diberikan bagi menjayakan majlis hari ini yang dijalankan sepenuhnya mengikut adat Melayu,” katanya.

“Majlis persandingan hari ini diadakan lebih kepada untuk meraikan rakan-rakan perniagaan di sini, di samping tertarik dengan konsep perkahwinan masyarakat Melayu yang unik dan cantik.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!!