Mati Dibunuh Sebab Masak Tak Sedap

0
1595
Sekadar gambar hiasan

Zaman sekarang ini sudah banyak perkara yang mustahil boleh terjadi. Tak kisah dari isu hubungan, kekeluargaan, mahupun tempat kerja. Jika berlaku salah faham, sepatutnya berbincanglah dengan baik dan elakkan kekerasan.

BACA: Gadis Bertudung Mangsa Diskriminasi Hotel 5 Bintang

Terbaru, seorang pekerja ladang mati dibunuh rakan serumahnya di sebuah rumah pekerja ladang angkara makanan yang dimasaknya tidak sedap dan kotor. Biar betul?

Kejadian yang berlaku di estet Belenggu Hall, Mentakab, Pahang ini berlaku akibat perselisihan faham antara dua orang rakan sekerja yang merupakan pekerja ladang terbabit.

Sumber dari sinarharian.com.my

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada malam 16 April apabila suspek tidak berpuas hati dengan hidangan makanan yang disediakan mangsa sebelum bertindak menegur mangsa.

Namun, akibat dari teguran itu menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu berlaku pergelutan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa yang berumur 59 tahun itu patah sembilan tulang rusuk kiri dan 11 tulung rusuk kanan akibat dibelasah suspek seorang India Muslim.

Suspek telah menumbuk, menendang dan memukul mangsa dengan sebatang kayu serta menyerangnya dengan sebilah parang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Terjah FoodTruck: Layan Jugak CKT Kat Sini