Maut Ketika Makan Donat Gergasi

0
12902
Sekadar gambar hiasan

Ada sebabnya mengapa orang-orang tua selalu berpesan makan dengan perlahan-lahan dan tidak gelojoh ketika berhadapan dengan makanan supaya tidak tercekik ataupun makanan tidak hadam dengan baik.

BACA: Kenapa Di India Ramai Cuba Makan Snek Berapi?

Akan tetapi kebiasaannya ketika pertandingan makan semestinya para peserta akan makan dengan laju dan gelojoh sehingga boleh menyebabkan tercekik.

Malang kepada seorang peserta pertandingan makan donut di Colorado, Amerika Syarikat kerana telah mati tercekik ketika menyertai pertandingan tersebut.

Travis Malouff, 42, telah meninggal dunia ketika berusaha menghabiskan donut gergasi dalam masa 80 saat sewaktu pertandingan Tex-Ass-Challenge’ yang diadakan di restoran Voodoo Donuts, Denver.

Menurut pemeriksa perubatan pejabat Denver, lelaki tersebut telah maut kerana keadaan asyphyxia di mana saluran udara di dalam tekak telah tersumbat dengan donut yang dimakannya.

“Ia sangat tragis. Ia satu kehilangan nyawa yang sepatutnya tidak terjadi, ” kata bapa mangsa, Curtis Malouff, kepada 9NEWS.

Pertandingan Tex-Ass-Challenge itu memerlukan para peserta menghabiskan donut bersaiz gergasi yang berukuran enam kali donut saiz biasa dan berdiameter 7 inci dengan ganjaran makanan dan button badge percuma.

Disebabkan kejadian ini, restoran Voodoo Donuts yang pertama kali dibuka sejak tahun 2003 itu telah ditutup untuk sementara bagi siasatan berkenaan kes kematian ini.

VIDEO: Spaghetti Kambing?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram