McD Malaysia Dikritik Sebab Kek Halal, Singapura Dah Lama Buat

0
3244

Baru-baru ini tindakan McDonald’s Malaysia melaksanakan polisi hanya kek hari jadi yang halal sahaja boleh dibawa masuk ke dalam premis mereka untuk sambutan hari jadi telah menerima pelbagai respon sama ada menyokong tindakan tersebut dan ada juga yang mengecam dengan mengatakan McDonald’s Malaysia berat sebelah terhadap fahaman agama lain.

BACA: McDonald’s Perkenal ‘Polisi Kek Hari Jadi Halal’

Akan tetapi tanpa kita sedari polisi tersebut telah dilaksanakan oleh McDonald’s Singapura lebih 20 tahun mengikut apa yang dikatakan oleh Faz Hussen selaku pengarah komunikasi McDonald’s Singapura.

“Peraturan ini dilaksanakan sejak 1992, apabila semua restoran McDonald’s di Singapura menerima siji halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS),” kata Faz Hussen seperti kenyataannya kepada The Star.

Beliau turut menambah McDonald’s Singapura turut menyediakan kek hari jadi sebagai sebahagian pakej untuk sambutan hari jadi di restoran makanan segera di Singapura.

Notis pemberitahuan pelaksanaan polisi tersebut yang menerima pelbagai respon daripada pelanggan.

Kenyataan tersebut diberikan ketika ditanya mengenai kritikan ramai terhadap McDonal’s Malaysia apabila melaksanakan polisi berkenaan.

Faz Hussen turut memberitahu polisi tersebut dilaksanakan di sana untuk memenuhi kehendak dan peraturan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan menjadi tanggungjawab McDonald’s selaku restoran yang disahkan halal untuk menyediakan makanan yang sesuai dimakan untuk mereka yang beragama Islam.

Kebiasaannya makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam restoran tersebut tetapi pengecualian diberikan untuk kek hari jadi dengan syarat kek itu hendaklah daripada sumber yang disahkan halal.