McD Perkenal Frork, Garfu Kentang Goreng?

0
3669

Jika sebelum ini McDonald’s pernah mengeluarkan straw istimewa untuk minuman terbaru mereka, Dual Layer Chocolate Shamrock Shake dan kini McDonald’s memberikan satu lagi elemen inovasi pada menu terbaru mereka.

BACA: Ini Cara Sebenar Guna STRAW Baru McDonald’s

Bersempena hidangan ‘Signature Crafted Recipes’, McDonald’s memperkenalkan Frork iaitu satu alat khas yang dicipta untuk makan kentang goreng tanpa mengotorkan tangan anda.

Tidak dinafikan kentang goreng di McDonald’s adalah satu menu yang terkenal dan menjadi kewajipan sekiranya berkunjung ke restoran makanan segera itu.

Pasti jari anda pernah terkena sos ketika ingin mencicah kentang goreng sebelum dimasukkan ke dalam mulut jadi dengan adanya Frork ini masalah tersebut dalam dielakkan.

Frork (Fry Fork) ini diperbuat daripada bahan silikon berwarna merah, mempunyai pemegang seperti garfu sebenar dan tiga lubang yang boleh diletakkan kentang goreng sebelum anda mencicahnya dengan sos.

Pastinya Frork ini akan menjadi antara barangan yang akan dikumpul oleh McD Collector kerana ia dikeluarkan dalam masa yang terhad dan hanya boleh didapati secara percuma di cawangan McDonald’s Amerika Syarikat yang mengambil bahagian sahaja.

VIDEO: Ini Apa Yang Terjadi Bila Simpan Burger Selama 30 Hari. Tapi…

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram