McDonald’s Perkenal Nutella Burger

0
1952
Gambar: Facebook McDonald's Itali

Sekiranya di Malaysia McDonald’s telah memperkenalkan menu terbaru bagi sarapan iaitu Cakoi panas dan ranggup manakala bagi pasaran Itali pula, McDonald’s memperkenalkan menu ‘Sweety Nutella’ iaitu burger yang dilapiskan dengan coklat Nutella yang sangat menyelerakan.

BACA: McDonald’s Kini Ada Jual Cakoi?

Sweety Nutella ini tidak mengandungi sebarang daging ataupun patty dan diganti dengan Nutella serta diapit dengan dua roti burger yang tebal dan lembut.

A photo posted by Marzia32 (@marzia32_to) on

Menu pengenalan ini menerima sambutan yang baik daripada rakyat Itali apabila ramai yang berkongsi kegembiraan mereka di laman sosial media mereka.

Pasti burger Nutella ini lengkap dimakan bersama secawan kopi panas mahupun frappucino yang terdapat di McCafe ataupun boleh juga dimakan bersama sundee cone yang popular di McDonald’s.

A photo posted by Elisa Ballesi (@elisaballesi) on

Semestinya ramai yang menginginkan McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu yang sama bagi pasaran Malaysia kerana siapa yang tidak sukakan Nutella. Oleh itu apa kata anda cadangan kepada McDonald’s untuk memperkenalkan burger Nutella bagi pasaran Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram