McDonald’s Perkenal ‘Polisi Kek Hari Jadi Halal’

0
3041
Sekadar gambar hiasan. Gambar: Hype.my

Demi menjamin status halal rangkaian restoran miliknya, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan polisi yang hanya membenarkan kek yang mempunyai tanda halal sahaja dibawa masuk ke dalam premis mereka.

BACA: Viral Di Whatsapp, JAKIM Sahkan Kopi McDonalds Malaysia Halal

Langkah pelaksanaan polisi ini adalah selaras untuk memenuhi keperluan persijilan halal dan McDonald’s meletakkan aspek kualiti, keselamatan dan produk halal sebagai keutamaan mereka.

“Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan produk yang disahkan halal, kita melaksanakan polisi ‘tiada makanan luar’ untuk memastikan bahawa semua produk yang dihidangkan dan dimakan di restoran kami adalah halal,” terang McDonald’s kepada Mstar.

Gambar notis polisi halal kek hari jadi yang viral baru-baru ini.

Keterangan itu juga bagi menjawab mengenai notis polisi hanya kek hari jadi yang mempunyai cop halal JAKIM sahaja yang boleh dibawa masuk ke dalam premis McDonald’s yang viral baru-baru ini.

Sebelum ini McDonald’s telah membuat pengecualian kepada polisi ‘tiada makanan luar’ untuk majlis sambutan hari jadi di McDonald’s.

McDonald’s turut memberitahu keadaan ini adalah penting untuk mereka memelihari integriti pensijilan halal dan polisi ini menerima pelbagai respon baik dan tidak baik di laman sosial media.

Akan tetapi kami tertanya-tanya bagaimanakah pula dengan kek hari jadi yang dibuat sendiri atau ditempah dari pembuat kek homemade, adakah masih memerlukan cop halal JAKIM bagi membawa masuk kek tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram