Mengenang 5 Tahun Tsunami 2011, Jepun Bertakafur

0
385

Penduduk Jepun bertafakur seketika semalam bagi memperingati ulang tahun kelima gempa bumi kuat yang mencetuskan ombak tsunami gergasi sehingga menyebabkan 18,500 orang terbunuh atau hilang di timur laut negara itu.

BACA: Syukur, Indonesia Tarik Balik Amaran Tsunami

Gempa dengan magnitud 9.0 itu turut menimbulkan bencana nuklear terburuk sejak 25 tahun lalu. Tsunami berkenaan me­ranapkan sekolah dan kawasan perumahan, manakala penduduk bertempiaran mencari tempat tinggi.

Ombak besar itu turut merosakkan bekalan kuasa di loji janakuasa Fukushima Daiichi, menyebabkan reaktornya rosak dan membebaskan radiasi dalam bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl pada 1986.

Beberapa acara peringatan diadakan di wilayah utara pesisir pantai Jepun yang paling teruk terjejas akibat bencana tersebut.

Di Tokyo, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko serta Perdana Menteri, Chinzo Abe memberi penghormatan dalam satu majlis kebangsaan.

Satu tempoh bertafakur ditetapkan pada pukul 2.46 petang waktu tempatan, waktu sama gempa tersebut melanda di bawah Lautan Pasifik pada 11 Mac 2011.

Suasana di wilayah Fukushima masih tidak menentu sehingga sekarang apabila beberapa letupan berlaku di loji nuklear tersebut telah menyebarkan bahan radioaktif ke laut dan kawasan desa berhampiran.

Krisis nuklear tersebut memaksa puluhan ribu penduduk setempat me­ninggalkan rumah, ladang dan bot-bot nelayan. Malah pada satu ketika pemindahan hampir melibatkan semua penduduk di bandar Fukushima yang dianggarkan berjumlah 30 juta. – AFP

Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.