Mengidam Kari, Kedai Dibakar

0
1333
Sekadar gambar hiasan. Gambar: Dailymail

Gara-gara tidak berkesempatan untuk memakan kari di sebuah kedai kerana tamat waktu operasi, seorang remaja di Jepun telah berang dan menyebabkannya memulakan kebakaran.

BACA: Menteri: Haram Konvoi Basikal Di Lebuhraya

Remaja yang berusia 16 tahun itu telah menyebabkan kebakaran di dua tempat di kawasan kejiranan Higashi Osaka City, Jepun.

Suspek yang bekerja sambilan di wilayah tersebut telah mengaku bersalah atas satu kejadian kebakaran itu.

Remaja tersebut mengatakan dirinya terlalu lapar dan mencetuskan tindakannya untuk perbuatan tersebut.

“Saya pergi untuk makan kari namun kedai tersebut telah tutup dan saya berasa marah,” ujar remaja berkenaan seperti yang dilaporkan Yahoo News.

Sekadar gambar hiasan.

Kebakaran pertama yang dilakukan remaja tersebut adalah di sebuah kedai pengedar kereta dan 10 minit selepas itu satu kebakaran lagi berlaku di restoran yang terletak kira-kira 200 meter dari kereta pengedar kereta tersebut.

Kebakaran tersebut menyebabkan rumah yang berdekatan turut terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Melalui rakaman kamera litar tertutup mendapati kebakaran di bermula daripada sebuah basikal dan juga tong sampah dan merebak ke bangunan yang lain.

Di laman media sosial ramai yang memberikan maklum balas mengenai tindakan remaja tersebut dan bimbang kejadian yang sama akan berlaku lagi sekiranya tiada hukuman dikenakan.

VIDEO: Vending Machine & Ais Kepal Di Jepun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram