Menteri: Bir Halal Tak Layak Mohon Sijil Halal

0
21545
Gambar: Utusan Online

Sehingga hari ini tiada sebarang sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk minuman ‘bir halal’ dan sebarang produk yang menggunakan nama yang hampir mirip dengan perkara yang haram.

BACA: Kopi Jernih Seakan Air Kosong Pertama Di Dunia

Kenyataan ini ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malah menurut beliau, nama bir halal secara jelas telah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) dan Standard Malaysia (MS1500:2009).

“Dalam manual berkenaan, jelas dinyatakan bahawa produk yang menggunakan nama ataupun nama sinomin dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bakon, bir dan seumpama dengannya adalah tidak layak memohon sijil halal Malaysia.

“Makanan halal dan bahan perisa tiruan halal juga hendaklah tidak menggunakan nama atau nama sinonim dengan istilah yang mengelirukan merujuk kepada makanan tidak halal,” beritahunya kepada Bernama ketika menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed mengenai permintaan kerajaan supaya menyenaraikan bir halal yang diluluskan dan yang berada di pasaran.

Tambahnya lagi, ada sesetengah jenama minuman tersebut mendapat sijil halal daripada syarikat swasta dan badan persijilan luar negara namun begitu ada juga yang tidak memaparkan sebarang logo halal pada botol minuman.

Sekadar gambar hiasan

Beliau turut menekankan bahawa hanya JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri berkuasa dalam persijilan halal Malaysia dan setiap permohonan sijil tersebut perlu mematuhi MPPHM dan standard keputusan fatwa dan peraturan yang digunakan.

Bagi memastikan hak pengguna terpelihara, JAKIM sentiasa membuat pemantauan supaya syarikat minuman ini tidak menyalahgunakan logo halal Malaysia yang sah.

Tindakan undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 akan digunapakai sekiranya syarikat pengeluar produk minuman tersebut didapati menyalah gunakan label dan logo halal Malaysia.

VIDEO: “Siapa Hantu Pepahat, Korang Kena Sebat Habis Habisan!”