Menteri: Gay Punca HIV Di Kelantan Meningkat

0
32468
Sekadar gambar hiasan

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub melahirkan rasa terkejut dengan berita mengenai peningkatan jumlah kes HIV di Kelantan yang homoseksual adalah salah satu penyebabnya.

BACA: Kelantan Galak Kahwin Poligami Dengan Syarat…

Bagi beliau ini menunjukkan kegagalan PAS dalam menerapkan cara hidup Islam yang sebenar di negeri tersebut.

“Saya terkejut apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan peningkatan kes HIV di Kelantan yang juga disebabkan oleh kegiatan homoseksual.

“Perkara ini adalah sesuatu yang serius, sebelum ini kita sangkakan peningkatan kes HIV disebabkan perkongsian jarum antara penagih dadah,” ujar beliau seperti yang dilaporkan The Star.

Menurut pengumuman oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat peningkatan kes HIV di Kelantan disebabkan pergaulan bebas dan pasangan seks yang bertukar.

Bahkan Masir turut mengatakan jangkitan HIV yang disebabkan aktiviti homoseksual bertambah daripada 10 kes pada tahun 2015 kepada 20 kes tahun lalu.

Selain itu jangkitan HIV yang disebabkan hubungan heteroseksual juga meningkat daripada 40 kes kepada 50 kes pada tempoh tahun yang sama.

Daripada tahun 2001 sehingga 2016, negeri Kelantan merekodkan sebanyak 11,000 kes HIV positif dengan sebanyak 2,255 orang dijangkiti dalam tempoh yang sama.

Walau bagaimanapun Ahmad Jazlan membidaskan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyatakan peningkatan kes HIV ini adalah kerana berdekatan dengan Thailand.

Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan berasa risau dengan keadaan yang terjadi di negerinya itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Makan Steamboat Murah Kat Kelantan, RM20 Je Wei! 😱 😱 😱