Menteri: Haram Konvoi Basikal Di Lebuhraya

0
1592

Satu larangan terhadap penggunaan basikal di lebuh raya terutama yang mempunyai tiga lorong telah dikeluarkan terutamanya bagi aktiviti menunggang basikal secara berkumpulan.

BACA: Amal Hidup Sihat, Tun M Pakai Saiz Sama 40 Tahun

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu larangan tersebut dikeluarkan dengan tujuan mengelakkan kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang basikal dan kenderaan yang lain.

Datuk Seri Liow Tiong Lai. Gambar: Sinar Harian

Ini kerana perbezaan kadar kelajuan yang ketara antara basikal dan kenderaan bermotor boleh menyebabkan kemalangan.

“Kementerian Pengangkutan sentiasa tingkatkan kempen keselamatan jalan raya dan berusaha dengan agensi lain termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis dan penguat kuasa tempatan.

“Kami juga akan pastikan jalan raya yang sepatutnya untuk kenderaan bermotor lebih selamat dengan tidak membenarkan basikal, termasuk yang diubah suai, menggunakan laluan lebuh raya kerana laluan ini tiga lorong dan menyebabkan kenderaan laju serta meningkatkan risiko kemalangan,” ujarnya ketika persidangan Dewan Rakyat, kelmarin.

Kenyataan tersebut bagi menjawab soalan daripada Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) berkenaan langkah yang diambil kementerian bagi merendahkan risiko kemalangan penunggang basikal setelah terjadinya kemalangan yang membabitkan kumpulan berbasikal di Johor Bahru pada bulan lalu.

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat aktiviti konvoi berbasikal yang hendak dijalankan di laluan lebuhraya, ia perlulah dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis yang akan memantau keselamatan konvoi tersebut.

Selain itu, beliau turut mengalakkan penunggang basikal memakai pakaian keselamatan ketika berbasikal dan ibu bapa juga memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak mereka sewaktu aktiviti berbasikal.

VIDEO: Jual Pizza Depan Rumah Saja, Tapi Kena Beratur Panjang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram