Menteri: Orang KL Bazir 1,000 Tan Makanan Sehari

0
137

Pada setiap hari hampir 3,000 tan sampah akan dibuang oleh warga kota Kuala Lumpur dan yang menyedihkan 1,000 tan daripadanya adalah sisa makanan yang masih tidak disentuh dan masih boleh dimakan.

BACA: Suka Starbucks? Ini Jumlah Kalori Anda Perlu Tahu

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beliau melahirkan rasa sedih melihat pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau turut menyarankan masyarakat sekarang mengamalkan sikap berhemat dan bijak ketika berbelanja pada waktu sekarang ini.

“…tuan-tuan dan puan-puan seringkali menyuarakan tentang kekangan kehidupan, harga mahal dan macam-macam masalah, sepatutnya tanya diri masing-masing.

“Hasil analisis yang dibuat oleh pegawai-pegawai saya ini amat membimbangkan. Kita perlu ingat, pembaziran adalah menyalahi ajaran agama dan saya rayu kepada semua tak kira Melayu, Cina atau India supaya janganlah membazir dan berpada-pada dalam berbelanja,” katanya ketika ditemui Bernama.

Dalam masa yang sama beliau turut memberi peringatan kepada para peniaga dan penjaja supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan atau dikenakan tindakan pembatalan lesen perniagaan.

Ujarnya lagi ada segelintir perniagaan yang menyewakan premis mereka kepada pihak lain dengan harga yang berlipat ganda dan sekiranya dikenal pasti DBKL lesen perniagaan mereka akan dibatalkan tanpa ragu-ragu.

VIDEO: Best ke makan di Shell Out ni?