Menteri: Rakyat Dinasihat Tidak Ke Korea Utara

0
489
Suasana di Korea Utara

Berikutan kes pembunuhan Kim Jong-Nam yang terjadi pada minggu lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihati rakyat Malaysia supaya tidak ke Korea Utara dalam masa terdekat ini.

BACA: Kementerian Pantau Jualan ‘Jajan’ Luar Sekolah

“Kita tidak tahu, apa-apa saja boleh berlaku sebab negara ini negara yang tidak boleh dijangka, mereka boleh buat apa sahaja di luar jangkaan,” ujarnya ketika ditemui Sinar Harian.

Namun begitu beliau memberitahu kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tidak menjejaskan kemasukan rakyat Korea Utara ke Malaysia kerana kebiasanya mereka terdiri daripada pegawai kerajan negara itu dan datang untuk rasmi.

Bagi Mohamed Nazri berpendapat Korea Utara tidak perlu bersiap terburu-buru dalam mengendalikan kes pembunuhan ini.

“Kita ada undang-undang, mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka dan mesti patuhi undang-undang antarabangsa.

“Kami tidak akan serahkan mayat selagi proses bedah siasat belum selesai. Jangan paksa kami,” ujarnya lagi.

Kes pembunuhan ini berlaku pada 13 Februari yang lalu apabila Kim Jong-Nam yang berada di KLIA2 dan sedang menunggu untuk penerbangannya ke Macau, secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

VIDEO: Cara Cepat Dan Mudah Buat Mango Crepe

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram